Monday, July 25, 2011

SISTEM PENYEJUKAN ENJIN (asas)






Radas yang berkaitan dengan penyejukan enjin;
  • Radiator (aluminum, magnesium, gangsa, tembaga, timah )
Radiator dan sirip penyejuk adalah pengantara untuk melepaskan haba pada bendalir. suhu pada bendalir akan berpindah pada sirip penyejuk ketika melalui radiator dan terlepas ketika angin melaluinya. Penggunaan radiator dari binaan aluminium dapat meningkatkan operasi penyejukan dengan lebih baik, sesetengah binaan mempunyai beberapa lapisan untuk membantu meningkatkan kadaran kemasukan bendalir dengan banyak lantas membantu mempercepatkan penyejukan.

  • Kipas Radiator
Kipas adalah satu elemen pembantu penyejukan, amat penting ketika kenderaan dalam keadaan statik, dimana tiada tujahan angin luar yang melalui sirip penyejuk, kipas radiator berkerja terus dengan unit pengurusan (EFI ECU) di mana apabila bacaan suhu melebihi tahap yang telah ditetapkan ia akan menghidupkan Kipas secara otomatik. Ada juga Kipas yang beroperasi secara langsung dengan putaran enjin, teknologi ini hanya terdapat pada binaan enjin lama.
Sesetengah binaan kipas itu mempunyai motif tersendiri contohnya bentuk bilah kipas dan kuasa motor untuk putaran kipas.

  • Thermostat
Thermostat berfungsi untuk mengawal suhu pada en
jin, enjin memerlukan kadaran suhu yang tepat untuk beroperasi dimana thermostat amat penting untuk mengawal suhu bendalir didalam blok enjin. fungsi utama dimana thermostat akan menghalang bendalir dari keluar dari enjin pada kadar suhu yang tertentu, contohnya pada kenderaan biasa suhu yang ditetapkan pada thermostat adalah 80'C dimana ketika suhu bendalir didalam enjin mencapai tahap ini thermostat akan terbuka dan melepaskan terus bendalir ke Radiator untuk disejukkan. Selepas bendalir telah sejuk dibawah 80'cC thermostat akan tertutup secara otomatik untuk menghalang kitaran bendalir.

  • Pam Air (Water Pump)
Bendalir didalam blok enjin digerakan d
engan daya tujahan dari Pam Air ini membantu kitaran bendalir pada satu arah yang telah dibina. Pam Air digerakan dari kuasa putaran Tali Sawat (Belting) yang memutarkan Pulley terus ke bilah kipas Pam Air, Teknologi terkini telah menggunakan aplikasi motor untuk mengurangkan beban pada enjin.

  • Water Jacket
Water Jacket merujuk kepada laluan yang dibina untuk bendalir memasuki blok enjin. Laluan ini meliputi tepi silinder enjin untuk mengurangkan suhu blok atau enjin itu sendiri.

  • Hos Air (Water Hose)
Hos air (Water Hose) ialah laluan air diluar blok enjin yang menyambungkan blok enjin dengan radiator, terdiri dari pelbagai binaan contohnya, PVC, aluminium , Besi (cast iron) ataupun Silicon dimana ketahanan hos bergantung kepada tahap tekanan dan lapisan binaannya.

  • Tudung Radiator (Radiator Cap) > (1.3kg/cm2 , 1.1kg/cm2, 1.0kg/cm2)
Tudung Radiator bukan hanya berfungsi untuk menutu
p bukaan masukan radiator tetapi untuk mengawal suhu atau takat didih bendalir didalam radiato
r dengan tekanan pada tudung radiator.
  1. tekanan tinggi untuk takat didih bendalir lebih tinggi.
  2. tekanan rendah untuk takat didih bendalir yang rendah.

  • Tangki Air (Water reservoir)
Tangki air digunakan untuk memerangkap bendalir yang keluar melaui Tudung Radiator, ianya juga berfungsi sebagai tabung simpanan untuk bendalir memasuki semula ke dalam radiator.

  • Sensor Suhu Air (Water Temperature Sensor)
Berkait rapat dengan unit pengurusan (EFI ECU) untuk mengesan suhu bendalir didalam enjin, sensor akan memberi maklumat tentang tahap suhu air kepada EFI dan EFI akan memberi isyarat pada Kipas Radiator untuk berfungsi.

  • air (H2O)
Medium pengantara campuran coolant, berfungsi untuk menetapkan tahap didih optima.

  • Bendalir Penyejuk (Coolant) {monoethylene-glycol , ethylene-glycol ,diethylene-glycol , propylene-glycol, long life, anti-freeze }.
Additive campuran dengan H2O untuk membantu mengelakkan mendakan/Karat didalam sistem penyejukan enjin. coolant juga mempunyai pelbagai variasi yang perlu diambil kira, dari segi tahap penyejukan, binaan dan ketahanan.
Coolant atau Bendalir penyejuk adalah satu elemen atau "additive" yang sangat mustahak pada sistem penyejukan enjin sesebuah kenderaan ini kerana fungsi utamanya adalah untuk memindahkan haba panas pada sebuah enjin terus kepada bendalir dan memasuki radiator (sirip penyejuk) untuk merendahkan suhu enjin.

Coolant yang baik adalah coolant yang mampu sejuk dengan kadar tinggi/cepat, penurunan takat suhu dengan drastik dapat membantu proses penyejukan enjin kenderan.

FUNGSI-FUNGSI COOLANT (BENDALIR PENYEJUK)
  • merendahkan suhu enjin (blok/ transmisi/ minyak enjin).
  • melindungi radiator dan blok dari karat.
  • mengelakan air dari mencapai tahap didih dan termelewap di mana air radiator akan cepat kering. (kemungikinan merosakkan enjin)
  • membantu enjin mencapai suhu dan tahap operasi yang optima.
JENIS-JENIS COOLANT.
  • Anti-Freeze - hanya digunakan dinegara yang beriklim sejuk, tidak sesuai untuk kegunaan di Malaysia. kerana penggunaan Bendalir jenis ini akan mengurangkan tahap bantuan penyejukan kerana additive yang digunakan adalah untuk mempercepatkan bendalir menjadi panas.
  • Long-Lasting - Bendalir penyejuk jenis ini digunakan oleh pengeluar kenderaan. membantu menjimatkan wang untuk satu jangka masa yang lama dan membantu alam sekitar dengan pengurangan penggunaan coolant! tetapi kebanyakan bendalir ini akan menghasilkan mendakan pada satu tempoh masa bergantung pada cara pemanduan dan keadaan cuaca.




PERINGATAN!!!: penurunan suhu enjin yang melampau juga tidak bagus ini kerana enjin kemungkinan tidak akan dapat mencapai suhu optima untuk beroperasi dan kemungkinan kerosakan bahagian dalaman enjin seperti "Water Jacket" atau "thermostat".


greddy E-manage PERODUA







Ke-GILA-an untuk memiliki sebuah kereta SUKAN di Malaysia ini kian mustahil disebabkan pelbagai faktor, tapi bagi peng-GILA kelajuan tidak pernah putus asa mencari alternatif, sasaran mereka terarah kepada kenderaan tempatan. disebabkan alat naik taraf berasal dari negara Jepun maka proses naik taraf menjadi terhad untuk pasaran MDM (malaysia domestic Market) terutamanya PERODUA. kemungkinan anda akan rasa tertekan kerana anda mungkin tidak akan menemui wiring diagram untuk ECU pin kereta anda..... mungkin saya boleh membantu sedikit,

+B (bateri)......................................HITAM-KUNING (tebal)
E (bumi)................................................COKLAT (tebal)
TPS (throttle position sensor).......................HIJAU MUDA
MAP (manifold absolute pressure)..................MERAH-PUTIH
INJ1 (injector).............................................PUTIH-HIJAU
INJ2 (injector).............................................PUTIH-BIRU
INJ3 (injector).............................................PUTIH-MERAH
INJ4 (injector).............................................PUTIH-HITAM
IG1 (ignition)...............................................HITAM
IG2 (ignition)...............................................MERAH
IG3 (ignition)...............................................HIJAU
IG4 (ignition)...............................................BIRU
RPM (revolution)........................................MERAH-KUNING

Untuk sesetengah model PERODUA yang mengunakan enjin 3 silinder seperti Kancil Kelisa Kenari dan Viva anda hanya perlu abaikan INJ4 dan IG4..... sesuai untuk enjin EF-VE ED-VE EJ-VE EF-RL EF-JL EF-DET

Juga perlu di ingat sesetengah model dari jepun Daihatsu juga mengeluarkan enjin 4 silinder untuk model Mira (Kancil / Kelisa) maka boleh terus ambil pakai semua pendawaian. contoh kod enjin Mira JB-JL JB-DET

Tapi untuk model Perodua seperti Myvi Alza Kembara boleh terus gunakan. contoh kod enjin K3-VE K3-VE2 K3-VET 3SZ-VE K5-VE


Anda tidak perlu rungsing lagi kerana sekarang telah banyak alat naik taraf telah dikeluarkan untuk MDM seperti E-manage Blue yang telah dibawa masuk leh Mutiara Motor Sdn. Bhd dengan nama baru EM-CON dan menyediakan pendawaian secara Pasang Terus kepada kenderaan anda..... sistemnya masih sama seperti Greddy E-manage hanya penukaran dari perumah alat sahaja ini kerana Greddy co. telah ditutup dan di gantikan dengan Nama baru M7 JAPAN.


Soket Plug & Play untuk Ecu terus ke E-manage / EM-Con

Model EM-con M7 ( Mutiara Motor)
c



Friday, July 15, 2011

PERODUA MYVI MODIFIED

hai....... currently i tried to work on myvi performance upgrading, i hope i got good comment from u all soon....... i will put on update on my current activities..... hope u guys willing to wait for this especially PERODUA MYVI owner....